YOHANES 20:26-30
YOHANES 20:26-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berkumpul lagi di tempat itu dan Tomas hadir juga. Semua pintu terkunci, tetapi Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, “Salam sejahtera!” Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, “Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!” Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!” Banyak lagi mukjizat lain yang dilakukan oleh Yesus di hadapan pengikut-pengikut-Nya, tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini.
YOHANES 20:26-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula sŭtlah lŭpas dŭlapan hari, maka bŭrhimpunlah pula murid murid itu dalam rumah itu, dan Thomas pun ada bŭrsama sama, maka pintu pun tŭrkunchi, tiba tiba datanglah Isa tŭrdiri ditŭngah tŭngah, lalu bŭrkata, Slamatlah kamu. Kumdian maka bŭrkatalah iya pada Thomas, Unjokkanlah jarimu kŭmari, lihatlah ulihmu akan tanganku, maka unjokkanlah tanganmu, masokkanlah dia kŭdalam rusokku; maka janganlah angkau shak lagi, tŭtapi pŭrchayalah. Maka sahut Thomas sŭrta bŭrkata padanya, Ya Tuhanku, dan Allahku. Maka kata Isa padanya, Thomas, sŭbab angkau sudah mŭlihat aku, bahrulah angkau pŭrchaya? bahwa slamatlah orang yang tiada mŭlihat, tŭtapi pŭrchaya juga. ¶ Maka sŭsungguhnya Isa tŭlah mŭngadakan bŭbrapa mujizat lain lain dihadapan murid muridnya, yang tiada dituliskan dalam kitab ini.
YOHANES 20:26-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seminggu selepas itu, para murid Yesus termasuk Tomas berhimpun lagi di situ. Sungguhpun pintu terkunci seperti dahulu, Yesus muncul dalam kalangan mereka lalu berkata, “Damai sejahtera kepada kamu!” Setelah itu, Dia berkata kepada Tomas, “Hulurkan jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkan tanganmu dan masukkannya ke dalam rusuk-Ku. Jangan ragu-ragu lagi. Percayalah.” Tomas pun berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” Yesus berkata kepadanya, “Tomas, oleh sebab kamu telah melihat-Ku maka kamu percaya. Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak melihat-Ku!” Yesus telah melakukan banyak lagi mukjizat di hadapan murid-murid-Nya, tetapi tidak ditulis dalam kitab ini.