YOHANES 20:1-2
YOHANES 20:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada pagi hari Minggu, semasa masih gelap, Maria Magdalena pergi ke kubur. Dia melihat batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur itu. Oleh itu, dia lari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Yesus, lalu berkata kepada mereka, “Jenazah Tuhan telah diambil dari kubur dan kami tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!”
YOHANES 20:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka pada hari ahad pagi gŭlap gŭlap, maka datanglah Mŭriam Magdalani kakubor itu, sŭrta dilihatnya batunya sudah tŭrangkat deripada kubor itu: Maka bŭrlarilah iya datang kapada Simon Petros, dan kapada murid yang dikasih ulih Isa, lalu katanya kapada marika itu, Bahwa orang sudah bawa lari akan Tuhan deri dalam kubornya, maka tiadalah kami tahu dimanakah ditarohkan orang akan dia.
YOHANES 20:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada awal pagi hari pertama minggu itu, ketika masih gelap lagi, Maria Magdalena pergi ke makam itu. Dia mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu. Dia pun berlari mencari Simon Petrus dan murid lain yang dikasihi oleh Yesus lalu berkata, “Jenazah Tuhan telah diambil dari makam, entah ke mana dialihkan.”