YOHANES 2:7-10
YOHANES 2:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis.” Mereka membawa air itu kepada ketua majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. (Hanya pelayan-pelayan yang menuang air itu yang mengetahuinya.) Oleh itu ketua majlis memanggil pengantin lelaki, lalu berkata kepadanya, “Biasanya orang menghidangkan wain terbaik terlebih dahulu, lalu apabila para tetamu sudah puas minum barulah wain biasa dihidangkan. Tetapi kamu menyimpan wain terbaik sehingga sekarang!”
YOHANES 2:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kata Isa kapada orang orang itu, Isilah sagala tŭmpayan ini dŭngan ayer. Maka diisi oranglah sampie pŭnoh kŭmulotnya. Maka kata Isa kapada marika itu, Skarang chedoklah bawa pŭrgi kapada kŭpala pŭrjamuan itu. Maka dibawa oranglah pŭrgi. Shahadan apabila kŭpala pŭrjamuan itu mŭnchoba ayer yang dijadikan anggor itu, tŭtapi tiadalah dikŭtahuinya deri mana datangnya, mŭlainkan orang yang mŭnchedok itu tahu, maka dipanggillah ulih kŭpala pŭrjamuan itu akan mŭmplie laki laki. Sŭrta katanya, Bahwa adat sagala orang mŭngluarkan ayer anggor yang baik pada mulanya, maka apabila puas diminum orang, maka kumdian bahrulah dikluarkannya pula yang kurang baik itu; angkau tŭlah mŭuyimpan ayer anggor yang baik ini sampie skarang.
YOHANES 2:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada pelayan-pelayan, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka pun mengisi penuh keenam-enam tempayan itu. Setelah itu, Yesus berkata pula, “Sekarang ambillah sedikit air itu, bawanya kepada ketua majlis.” Mereka pun menghidangkan air itu kepada ketua majlis. Setelah ketua majlis merasa air yang telah menjadi air anggur itu, dia pun memanggil pengantin lelaki. Dia tidak tahu dari mana datangnya air anggur itu, tetapi para pelayan yang mengambil dan membawa air itu mengetahuinya. Dia berkata kepada pengantin lelaki, “Selalunya orang menghidangkan air anggur yang terbaik di awal majlis. Setelah tetamu banyak minum, dihidangkan pula air anggur yang biasa sahaja. Tetapi kamu menyimpan dahulu air anggur yang terbaik, sekarang baru dihidangkan!”