YOHANES 19:28-30
YOHANES 19:28-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukkan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. Yesus mengecapnya lalu berkata, “Sudah selesai!” Setelah itu Dia menundukkan kepala dan meninggal.
YOHANES 19:28-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula kumdian deri pada itu, maka tŭlah dikŭtahui ulih Isa, bahwa sagala sŭsuatu tŭlah habis, supaya gŭnaplah pŭrkataan kitab, maka katanya, Aku dahaga. Maka adalah tŭrlŭtak disitu sa’buah bajan yang bŭrisi chuka; maka diisi ulih orang suatu lumot karang dŭngan chuka dibubohkannya itu pada sŭbatang gala kayu zof, lalu disampiekannya itu kŭmulot Isa. Sŭtlah sudah diminum Isa chuka itu, maka katanya, Sudahlah habis; lalu tŭrtundoklah kŭpalanya, maka putuslah nyawanya.
YOHANES 19:28-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Yesus mengetahui bahawa segala-galanya telah berlaku sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, lalu berkata, “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah bekas berisi air anggur masam. Lalu mereka memenuhkan sebuah span dengan air anggur masam itu, meletakkannya di atas batang hisop dan mencecahkannya ke mulut Yesus. Setelah Yesus menerima air anggur masam itu, Dia berkata, “Sudah selesai.” Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan roh-Nya.