YOHANES 18:32-37
YOHANES 18:32-37 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Yesus tentang cara Dia akan mati.) Pilatus masuk kembali ke istana lalu memanggil Yesus. Dia bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Adakah pertanyaan ini daripadamu atau orang lain sudah memberitahu kamu tentang diri-Ku?” Pilatus menjawab, “Adakah aku ini orang Yahudi? Bangsamu sendiri dan ketua-ketua imam sudah menyerahkan kamu kepadaku. Apakah yang sudah kamu lakukan?” Yesus berkata, “Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. Jika pemerintahan-Ku dari dunia ini, semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!” Oleh itu Pilatus bertanya kepada-Nya, “Jika demikian, adakah kamu ini raja?” Yesus menjawab, “Kamu yang berkata bahawa Aku raja. Aku dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku.”
YOHANES 18:32-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya gŭnaplah pŭrkataan Isa yang tŭlah dikatakannya, Dŭngan pri kŭmatiaan apakah iya akan mati. Kumdian maka Pilatus pun masoklah pula kŭdalam tŭmpat bichara, lalu dipanggilnya Isa katanya, Iyakah angkau Raja orang Yahudi? Maka disahut Isa padanya, Pŭrkataan angkau sŭndirikah ini, atau orang lainkah mŭngatakan itu padamu deri halku? Maka jawab Pilatus, Aku ini orang Yahudikah? Adapun kaummu, dan sagala kŭpala kŭpala imam tŭlah mŭmbawa angkau kapadaku; apakah angkau sudah buat? Maka sahut Isa, Adapun krajaanku bukannya krajaan dunia ini; maka jikalau kiranya krajaanku krajaan dunia ini, nŭschaya rayatku tŭlah mŭlawanlah, supaya jangan aku disŭrahkan pada orang Yahudi; tŭtapi skarang krajaanku bukannya disini. Maka sŭbab itu kata Pilatus padanya, Kalau bŭgitu, angkau sa’orang rajakah? Maka jawab Isa, Sugguhlah spŭrti katamu, aku ini sa’orang raja; maka sŭbab itulah juga aku tŭlah dipranakkan, dan sŭbab itulah juga aku tŭlah datang kŭdalam dunia, supaya aku mŭnjadi saksi akan kubŭnaran, maka barang siapa deripada yang bŭnar, maka iya akan mŭnŭngar pŭrkataanku.
YOHANES 18:32-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian akan terjadilah apa yang telah dikatakan oleh Yesus tentang cara kematian-Nya. Selepas itu, Pilatus masuk semula ke istana dan memanggil Yesus lalu bertanya, “Adakah Kamu Raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Adakah kata-kata ini daripada dirimu sendiri, atau adakah orang lain mengatakannya kepadamu tentang diri-Ku?” Pilatus menjawab, “Adakah aku seorang Yahudi? Bangsa-Mu sendiri dan ketua-ketua imam telah membawa-Mu kepadaku. Apakah yang telah Kaulakukan?” Yesus menjawab, “Kerajaan-Ku bukanlah daripada dunia ini. Kiranya kerajaan-Ku dari dunia ini, tentulah para murid-Ku berjuang mempertahan-Ku daripada diserahkan kepada orang Yahudi. Tetapi kerajaan-Ku bukanlah dari sini.” Dengan demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, “Jadi, adakah Kamu seorang raja?” Yesus menjawab, “Betul katamu. Aku seorang raja. Aku dilahirkan ke dunia untuk memberikan kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.”