YOHANES 18:10-14,36-37
YOHANES 18:10-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Simon Petrus yang mempunyai sebilah pedang, menghunusnya lalu mengerat telinga kanan hamba Imam Agung. Nama hamba itu Malkhus. Lalu Yesus berkata kepada Petrus, “Sarungkanlah pedangmu kembali! Aku harus minum cawan penderitaan yang diberikan oleh Bapa kepada-Ku.” Kemudian askar-askar Roma dengan komandan mereka dan pengawal-pengawal Yahudi menangkap dan mengikat Yesus. Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayafas. Kayafas bertugas sebagai Imam Agung pada tahun itu. Dialah yang menasihati para penguasa Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati untuk seluruh umat.
YOHANES 18:36-37 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata, “Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. Jika pemerintahan-Ku dari dunia ini, semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!” Oleh itu Pilatus bertanya kepada-Nya, “Jika demikian, adakah kamu ini raja?” Yesus menjawab, “Kamu yang berkata bahawa Aku raja. Aku dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku.”
YOHANES 18:10-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Simon Petros ada mŭmbawa pŭdang, maka dihunasnya, lalu ditŭtaknya akan hamba imam bŭsar itu putuslah tŭlinganya kanan; adapun nama hamba itu Malkus. Maka kata Isa pada Petros, Sarongkanlah pŭdangmu itu; adapun chawan minuman yang tŭlah dikurniakan ulih Ayahku akan daku itu, ta’kan jangan aku minum dia? Sŭtlah itu maka pasukan lashkar, sŭrta pŭnghulunya, dan hulubalang orang Yahudi itu pun datanglah mŭnangkap Isa, lalu diikatnya akan dia. Maka dibawanya akan Isa mula mula kapada Annas, kŭrna iya itu mŭntua Kiefas yang mŭnjadi kŭpala imam pada tahun itu. Adapun Kiefas itulah orang yang mŭmbri akhtiar pada orang orang Yahudi, katanya, Haruslah sa’orang mati akan ganti kaum ini skalian
Injil Yahya 18:36-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sahut Isa, Adapun krajaanku bukannya krajaan dunia ini; maka jikalau kiranya krajaanku krajaan dunia ini, nŭschaya rayatku tŭlah mŭlawanlah, supaya jangan aku disŭrahkan pada orang Yahudi; tŭtapi skarang krajaanku bukannya disini. Maka sŭbab itu kata Pilatus padanya, Kalau bŭgitu, angkau sa’orang rajakah? Maka jawab Isa, Sugguhlah spŭrti katamu, aku ini sa’orang raja; maka sŭbab itulah juga aku tŭlah dipranakkan, dan sŭbab itulah juga aku tŭlah datang kŭdalam dunia, supaya aku mŭnjadi saksi akan kubŭnaran, maka barang siapa deripada yang bŭnar, maka iya akan mŭnŭngar pŭrkataanku.
YOHANES 18:10-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Simon Petrus yang memiliki sebilah pedang menghunusnya lalu menetak telinga kanan hamba imam besar sehingga terputus. Nama hamba itu Malkus. Yesus berkata kepada Petrus, “Sarungkan semula pedangmu! Bukankah Aku mesti minum daripada cawan penderitaan yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa?” Setelah itu, askar-askar dengan ketua mereka dan pegawai-pegawai Yahudi menangkap dan mengikat Yesus. Mula-mula mereka membawa-Nya ke hadapan Hanas, bapa mertua Kayafas, imam besar pada tahun itu. Kayafas yang memang dahulunya berkata kepada orang Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati demi seluruh bangsa.
Yohanes 18:36-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Kerajaan-Ku bukanlah daripada dunia ini. Kiranya kerajaan-Ku dari dunia ini, tentulah para murid-Ku berjuang mempertahan-Ku daripada diserahkan kepada orang Yahudi. Tetapi kerajaan-Ku bukanlah dari sini.” Dengan demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, “Jadi, adakah Kamu seorang raja?” Yesus menjawab, “Betul katamu. Aku seorang raja. Aku dilahirkan ke dunia untuk memberikan kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.”