YOHANES 17:22-26
YOHANES 17:22-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku memberi mereka kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan Aku satu juga; Aku bersatu dengan mereka dan Engkau bersatu dengan Aku, supaya mereka benar-benar menjadi satu. Lalu dunia akan tahu bahawa Engkau mengutus Aku dan bahawa Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi Aku. Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku bersama-sama Aku di tempat Aku ada, supaya mereka boleh melihat kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi Aku sebelum dunia ini dijadikan. Ya Bapa yang adil! Dunia tidak mengenal Engkau, tetapi Aku mengenal Engkau, dan semua orang ini tahu bahawa Engkau mengutus Aku. Aku sudah menunjukkan Engkau kepada mereka; Aku akan terus berbuat demikian, supaya kasih-Mu kepada-Ku tetap di dalam hati mereka dan supaya Aku bersatu dengan mereka.”
YOHANES 17:22-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku tŭlah brikan pada marika itu kŭmuliaan yang tŭlah angkau kurniakan akan daku supaya marika itu jadi suatu spŭrti kami ini suatu juga. Bahwa aku didalam marika itu dan angkau didalam aku, supaya marika itu jadi suatu dŭngan kŭsampornaan; dan supaya bulih dikŭtahui ulih isi dunia, bahwa angkau tŭlah mŭnyurohkan aku, sŭrta mŭngasihi marika itu spŭrti angkau tŭlah mŭngasihi aku. Ya Ayah! aku kahandaki supaya sagala orang yang tŭlah angkau kurniakan padaku itu, ada bŭrsama sama ditŭmpat ada aku, supaya dilihat ulih marika itu kŭmuliaanku yang angkau anugrahkan padaku, kŭrna angkau mŭngasihi aku dahulu deripada jadi dunia ini. Ya Ayah yang adil, bahwa isi dunia ini bŭlom mŭngŭnal akan dikau, tŭtapi aku mŭngŭnal angkau, dan orang orang ini pun tahu, bahwa angkau tŭlah mŭnyurohkan aku. Maka aku sudah nyatakan namamu pada marika itu, dan lagi aku akan mŭnyatakan pula, supaya kasih yang tŭlah angkau mŭngasihi aku, jadi didalam marika itu, dan aku ini pun didalam marika itu juga.
YOHANES 17:22-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku memberi mereka kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Kita adalah satu. Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku. Bapa, Aku menghendaki mereka yang Kauserahkan kepada-Ku ada bersama-Ku di mana Aku berada, supaya mereka dapat melihat kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi-Ku ketika dunia ini belum diwujudkan lagi. Bapa Yang Maha Benar! Dunia tidak mengenal-Mu, namun Aku mengenal-Mu, dan kesemua mereka ini tahu bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku. Aku telah menyatakan nama-Mu kepada mereka. Aku akan terus berbuat demikian, supaya kasih-Mu kepada-Ku bertapak kukuh dalam hati mereka dan supaya Aku di dalam mereka.”