YOHANES 17:1-5
YOHANES 17:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah berkata demikian, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, “Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun boleh memuliakan Bapa. Engkau sudah memberikan kuasa atas umat manusia kepada Anak-Mu, supaya Anak-Mu memberikan hidup sejati dan kekal kepada semua orang yang Engkau serahkan kepada-Nya. Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal. Aku sudah memuliakan Engkau di atas bumi dengan menyelesaikan tugas yang Engkau berikan kepada-Ku. Ya Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Aku miliki bersama-sama-Mu sebelum dunia ini dijadikan.
YOHANES 17:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA adapun sagala pŭrkara ini dikatakan ulih Isa, sŭrta iya mŭngangkatkan matanya kŭlangit, lalu bŭrkata, Ya Ayah, waktu tŭlah sampie, pŭrmuliakanlah kiranya anakmu, supaya anakmu mŭmuliakan angkau. Spŭrti angkau tŭlah mŭmbri kwasa padanya atas sagala manusia, supaya iya kurniakau hidop kŭkal kapada sagala orang yang tŭlah angkau anugrahkan kapadanya. Adapun inilah hidop yang kŭkal, iya itu dikŭnal orang, hanya angkaulah Allah yang asa, dan bŭnar, dan lagi Isa Almasih yang tŭlah angkau surohkan. Maka aku tŭlah pŭrmuliakan dikau diatas bumi, dan tŭlah aku jŭlaskan pŭkŭrjaan yang angkau sŭrahkan kapadaku. Maka skarang ya Ayah, muliakanlah kiranya ulihmu akan daku ini dihalratmu dŭngan kŭmuliaan yang aku tŭlah mŭnaroh sŭrta dŭngan angkau dahulu deripada dunia ini jadi.
YOHANES 17:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah itu, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, “Bapa, sudah sampailah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak-Mu dapat memuliakan Bapa. Engkau telah memberi Anak-Mu kekuasaan ke atas umat manusia, supaya Dia pun memberikan hidup kekal kepada setiap orang yang telah Kauserahkan kepada-Nya. Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus. Aku telah memuliakan-Mu di bumi ini dengan menyempurnakan kerja yang Kauamanahkan kepada-Ku. Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Kumiliki bersama-Mu sebelum dunia ini diwujudkan.