YOHANES 16:8-11
YOHANES 16:8-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Dia datang kelak, Dia akan membuktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa, tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah, semuanya salah. Pendapat mereka tentang dosa salah, kerana mereka tidak percaya kepada-Ku. Pendapat mereka tentang apa yang benar itu salah, kerana Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat Aku lagi. Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum.
YOHANES 16:8-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila iya datang kŭlak, iyalah akan mŭnŭmplak isi dunia deripada hal dosa, dan deripada hal kŭbŭnaran, dan deripada hal hukum. Maka deripada hal dosa, sŭbab orang tiada pŭrchaya akan daku. Dan deripada hal kŭbŭnaran, sŭbab aku pŭrgi kapada Ayah, maka kamu tiada dapat mŭlihat aku lagi. Dan deripada hal hukum, sŭbab pŭnghulu dunia ini dihukumkan.
YOHANES 16:8-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Dia datang nanti, Dia akan menginsafkan dunia tentang dosa, perbenaran, dan penghakiman; tentang dosa kerana mereka tidak percaya kepada-Ku; tentang perbenaran kerana Aku akan pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat-Ku lagi; dan tentang penghakiman kerana pemerintah dunia ini telah dihakimi.