YOHANES 16:13
YOHANES 16:13 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi apabila Roh yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah itu datang, Roh akan membimbing kamu supaya mengetahui segala kebenaran itu. Roh tidak akan mengatakan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan mengatakan apa yang didengar-Nya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku.
YOHANES 16:13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi apabila Roh yang bŭnar itu datang kŭlak, maka iyalah nanti mŭmbawa kamu kapada sagala yang bŭnar; kŭrna tiada iya bŭrkata kata deripada kahandak dirinya, mŭlainkan barang yang didŭngarnya, maka itulah dikatakannya, dan diunjokkannya pada kamu deripada pŭrkara yang lagi akan datang.
YOHANES 16:13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi apabila Dia, iaitu Roh Kebenaran datang, Dia akan membimbingmu ke arah segala kebenaran. Roh itu tidak akan mengatakan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan menyampaikan apa yang didengar-Nya dan memberitahumu apa yang akan terjadi.