YOHANES 16:1-4
YOHANES 16:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku sudah memberitahu kamu semua ini supaya kamu tidak kecewa sehingga tidak lagi percaya kepada-Ku. Mereka akan melarang kamu masuk ke rumah ibadat. Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. Mereka akan melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa ataupun Aku. Tetapi sekarang Aku sudah mengatakan semua ini kepada kamu, supaya apabila hal itu berlaku kelak, kamu akan ingat bahawa Aku sudah memberitahu kamu.” “Aku tidak memberitahu kamu hal ini dari permulaan, kerana Aku masih bersama-sama kamu.
YOHANES 16:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA sagala pŭrkara ini aku katakan padamu, supaya jangan masok shak dalam hati kamu. Kŭrna orang nanti tolakkan kamu kluar deri dalam kŭnisa, maka bahwasanya waktu akan datang, adapun orang yang mŭmbunoh kamu itu pada sangkanya iya bŭrbuat kŭbakhtian bagie Allah. Adapun sagala pŭrkara ini akan dipŭrbuat kapadamu, sŭbab marika itu tiada mŭngŭnal Ayah atau aku. Tŭtapi aku katakan padamu akan sagala pŭrkara ini, supaya apabila sampie kŭlak pada waktu itu, kamu bulih tŭringat, bahwa aku sudah mŭngatakan sagala pŭrkara ini kapadamu; adapun sagala pŭrkara itu aku tiada mŭngatakan padamu deripada mulanya, kŭrna aku ada lagi sŭrta dŭngan kamu.
YOHANES 16:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semua ini Kukatakan kepadamu supaya kamu tidak sesat. Mereka akan menyingkirkanmu daripada saumaah. Masanya akan tiba ketika semua orang yang membunuhmu menganggap bahawa dengan berbuat demikian dia mengabdi kepada Allah. Perkara ini akan dilakukan oleh mereka, kerana mereka belum mengenal baik Bapa mahupun Aku. Semua ini Kukatakan kepadamu supaya ketika berlaku nanti, kamu akan ingat bahawa Aku sudah pun memberitahumu. Aku tidak memberitahumu dari mulanya lagi kerana Aku masih bersamamu.”