YOHANES 15:9-14
YOHANES 15:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku mengasihi kamu seperti Bapa mengasihi Aku. Hendaklah kamu tetap hidup sebagai orang yang Aku kasihi. Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya. Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna. Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu. Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka. Kamu sahabat-sahabat-Ku, jika kamu melakukan apa yang Aku perintahkan.
YOHANES 15:9-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Spŭrti Ayahku tŭlah mŭngasihi aku, dŭmkian lagi aku tŭlah mŭngasihi kamu, maka handaklah kamu tŭtap dalam pŭngasihanku. Maka jikalau kamu mŭmliharakan hukumku, maka kamu pun akan diam didalam pŭngasihanku, spŭrti aku juga tŭlah mŭmliharakan hukum Ayahku, dan diam didalam pŭngasihannya. Adapun sagala pŭrkara ini aku katakan padamu, supaya kasukaanku tŭtap didalam kamu, dan lagi supaya kasukaanmu pun bŭrlempahlah adanya. Maka inilah hukumku kapadamu, supaya kamu bŭrkasih kasihan sa’orang dŭngan sa’orang spŭrti aku tŭlah mŭngasihi kamu. Kapada sa’orang jua pun tiada pŭngasihan yang tŭrlebih deripada ini, iya itu jikalau sa’orang mŭnyŭrahkan jiwanya akan ganti sahabat sahabatnya. Bahwa kamu jadilah sahabat sahabatku, jikalau kamu bŭrbuat barang hukumanku.
YOHANES 15:9-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana Bapa mengasihi-Ku, demikianlah juga Aku mengasihimu. Tetaplah dalam kasih-Ku. Jika kamu menurut perintah-Ku, kamu akan tetap dalam kasih-Ku; sebagaimana Aku menurut perintah Bapa dan tetap dalam kasih-Nya. Aku berkata demikian kepadamu supaya kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah kebahagiaanmu. Inilah perintah-Ku: Kasihilah sesama sendiri, seperti Aku mengasihimu. Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya. Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan.