YOHANES 15:7-9
YOHANES 15:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika kamu tetap bersatu dengan Aku, dan ajaran-Ku kamu simpan di dalam hati, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki daripada Bapa, dan permintaan kamu itu akan dipenuhi. Kemuliaan Bapa-Ku dinyatakan apabila kamu berbuah lebat, dan dengan demikian kamu betul-betul pengikut-Ku. Aku mengasihi kamu seperti Bapa mengasihi Aku. Hendaklah kamu tetap hidup sebagai orang yang Aku kasihi.
YOHANES 15:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun jikalau kamu diam dalam aku, dan pŭrkataanku pun tinggal didalam kamu, maka barang kahandakmu yang kamu pinta itu akan dibrikan padamu. Shahadan dŭngan dŭmkian itu juga Ayahku dipŭrmuliakan, jikalau kamu mŭngluarkan buah banyak, maka dŭngan dŭmkianlah juga kamu jadi murid muridku. Spŭrti Ayahku tŭlah mŭngasihi aku, dŭmkian lagi aku tŭlah mŭngasihi kamu, maka handaklah kamu tŭtap dalam pŭngasihanku.
YOHANES 15:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekiranya kamu tetap di dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap di dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan. Kemuliaan Bapa ternyata apabila kamu berbuah lebat. Itulah tanda kamu benar-benar murid-Ku. Sebagaimana Bapa mengasihi-Ku, demikianlah juga Aku mengasihimu. Tetaplah dalam kasih-Ku.