YOHANES 15:5-8
YOHANES 15:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Sesiapa yang tidak tetap bersatu dengan Aku, akan dikerat seperti carang lalu menjadi kering. Carang-carang seperti itu akan dikumpulkan lalu dibuang ke dalam api dan dibakar. Jika kamu tetap bersatu dengan Aku, dan ajaran-Ku kamu simpan di dalam hati, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki daripada Bapa, dan permintaan kamu itu akan dipenuhi. Kemuliaan Bapa-Ku dinyatakan apabila kamu berbuah lebat, dan dengan demikian kamu betul-betul pengikut-Ku.
YOHANES 15:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku inilah pohon anggor, dan kamu rantingnya itu; maka orang yang bŭrsuatu dŭngan aku, dan aku pun dŭngan dia, maka iyalah akan mŭmbri buah banyak, kŭrna dŭngan tiada aku, tiada kamu bulih bŭrbuat barang suatu apa. Jikalau barang sa’orang tiada bŭrsuatu dŭngan aku, maka iya akan jadi spŭrti ranting yang tŭrbuang, lagi kring, maka iya itu dikumpolkan orang dibuangkan kŭdalam api, maka habislah kŭlak iya hangus. Adapun jikalau kamu diam dalam aku, dan pŭrkataanku pun tinggal didalam kamu, maka barang kahandakmu yang kamu pinta itu akan dibrikan padamu. Shahadan dŭngan dŭmkian itu juga Ayahku dipŭrmuliakan, jikalau kamu mŭngluarkan buah banyak, maka dŭngan dŭmkianlah juga kamu jadi murid muridku.
YOHANES 15:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap di dalam-Ku dan Aku di dalammu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan apa-apa. Sesiapa yang tidak tetap di dalam-Ku adalah seperti ranting yang dikerat lalu dibiarkan kering, kemudian dikumpulkan, dan dibuang ke dalam api lalu dibakar. Sekiranya kamu tetap di dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap di dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan. Kemuliaan Bapa ternyata apabila kamu berbuah lebat. Itulah tanda kamu benar-benar murid-Ku.