YOHANES 15:16-17
YOHANES 15:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku. Inilah perintah-Ku kepada kamu: Hendaklah kamu saling mengasihi.”
YOHANES 15:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa bukannya kamu yang mŭmileh aku, mŭlainkan aku yang mŭmileh kamu, dan mŭnŭntukan kamu, supaya kamu pun pŭrgi mŭngluarkan banyak buah, dan supaya buahmu kŭkallah adanya, dan supaya barang apa yang kamu pinta dŭngan namaku, maka Ayah akan mŭmbri kapadamu. Maka inilah hukumku kapadamu, supaya kamu bŭrkasih kasihan sa’orang dŭngan sa’orang.
YOHANES 15:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bukan kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal, maka apa sahaja yang kamu minta dalam nama-Ku, Bapa akan mengurniakannya kepadamu. Inilah perintah-Ku kepadamu: Kasihilah sesama sendiri.”