YOHANES 15:15-16
YOHANES 15:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku tidak lagi memanggil kamu hamba, kerana hamba tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggil kamu sahabat-sahabat-Ku, kerana Aku sudah memberitahu kamu segala yang telah Aku dengar daripada Bapa-Ku. Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku.
YOHANES 15:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiadalah aku namai akan kamu hamba lagi, kŭrna hamba itu tiada tahu apa yang dipŭrbuat ulih tuannya; tŭtapi aku tŭlah mŭnamai kamu skalian sahabat, kŭrna sagala pŭrkara yang kudŭngar deri pada Ayahku itu tŭlah aku sampiekan kapadamu. Bahwa bukannya kamu yang mŭmileh aku, mŭlainkan aku yang mŭmileh kamu, dan mŭnŭntukan kamu, supaya kamu pun pŭrgi mŭngluarkan banyak buah, dan supaya buahmu kŭkallah adanya, dan supaya barang apa yang kamu pinta dŭngan namaku, maka Ayah akan mŭmbri kapadamu.
YOHANES 15:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu. Bukan kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal, maka apa sahaja yang kamu minta dalam nama-Ku, Bapa akan mengurniakannya kepadamu.