YOHANES 15:11-15
YOHANES 15:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna. Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu. Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka. Kamu sahabat-sahabat-Ku, jika kamu melakukan apa yang Aku perintahkan. Aku tidak lagi memanggil kamu hamba, kerana hamba tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggil kamu sahabat-sahabat-Ku, kerana Aku sudah memberitahu kamu segala yang telah Aku dengar daripada Bapa-Ku.
YOHANES 15:11-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun sagala pŭrkara ini aku katakan padamu, supaya kasukaanku tŭtap didalam kamu, dan lagi supaya kasukaanmu pun bŭrlempahlah adanya. Maka inilah hukumku kapadamu, supaya kamu bŭrkasih kasihan sa’orang dŭngan sa’orang spŭrti aku tŭlah mŭngasihi kamu. Kapada sa’orang jua pun tiada pŭngasihan yang tŭrlebih deripada ini, iya itu jikalau sa’orang mŭnyŭrahkan jiwanya akan ganti sahabat sahabatnya. Bahwa kamu jadilah sahabat sahabatku, jikalau kamu bŭrbuat barang hukumanku. Maka tiadalah aku namai akan kamu hamba lagi, kŭrna hamba itu tiada tahu apa yang dipŭrbuat ulih tuannya; tŭtapi aku tŭlah mŭnamai kamu skalian sahabat, kŭrna sagala pŭrkara yang kudŭngar deri pada Ayahku itu tŭlah aku sampiekan kapadamu.
YOHANES 15:11-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berkata demikian kepadamu supaya kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah kebahagiaanmu. Inilah perintah-Ku: Kasihilah sesama sendiri, seperti Aku mengasihimu. Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya. Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan. Aku tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu.