YOHANES 15:1-5
YOHANES 15:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata lagi, “Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur. Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat. Kamu sudah dibersihkan oleh ajaran yang Aku ajarkan kepada kamu. Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku. Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.
YOHANES 15:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN aku inilah pohon anggor yang bŭtol, dan Ayahku itu tukang kŭbon anggor itu. Maka barang sŭsuatu ranting yang dalam aku ini yang tiada bŭrbuah, maka dikŭratkannya; dan barang sŭsuatu yang bŭrbuah, maka disuchikannya akan dia, supaya lŭbat buahnya. Bahwa skarang kamu tŭlah suchilah dŭngan pŭrkataan yang tŭlah aku katakan padamu. Maka handaklah kamu diam dalam aku, dan aku pun diam dalam kamu; maka spŭrti ranting tiada bulih bŭrbuah deripada sŭndirinya jikalau tiada bŭrsuatu pada pohon anggor, maka dŭmkianlah juga kamu pun tiada bulih jikalau tiada diam dŭngan aku. Maka aku inilah pohon anggor, dan kamu rantingnya itu; maka orang yang bŭrsuatu dŭngan aku, dan aku pun dŭngan dia, maka iyalah akan mŭmbri buah banyak, kŭrna dŭngan tiada aku, tiada kamu bulih bŭrbuat barang suatu apa.
YOHANES 15:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Aku ini pokok anggur yang benar, dan Bapa-Ku peladang anggur. Dia mengerat setiap ranting-Ku yang tidak berbuah, dan mencantas setiap ranting-Ku yang berbuah supaya berbuah lebih lebat lagi. Kamu sudah dibersihkan dengan ajaran yang Kusampaikan kepadamu. Tetaplah di dalam-Ku seperti Aku di dalammu. Ranting tidak dapat berbuah jika terpisah dari pokok anggur. Demikian jugalah kamu: Kamu dapat berbuah hanya jika kamu tetap di dalam-Ku. Aku pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap di dalam-Ku dan Aku di dalammu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan apa-apa.