YOHANES 14:9-10
YOHANES 14:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Yesus menjawab, “Sudah lama Aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku juga, Filipus? Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, ‘Tunjukkanlah Bapa kepada kami’? Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku? Apa yang Aku katakan kepada kamu semua, tidak datang daripada Aku sendiri. Bapa, yang tetap bersatu dengan Aku melakukan semua itu.
YOHANES 14:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bŭgitu lama aku tŭlah bŭrsama sama dŭngan angkau, maka bŭlomkah angkau mŭngŭnal aku Filipus? Bahwa orang yang sudah mŭlihat aku, sŭrasa sudah mŭlihat Ayah; maka bagimanakah katamu, Tunjokkanlah Ayah itu pada kami? Tiadakah angkau pŭrchaya, bahwa aku ini ada dalam Ayah, dan Ayah itu pun ada didalamku? Adapun sagala pŭrkataan yang aku katakan padamu itu, bahwa bukannya itu deripada kahandak diriku, tŭtapi Ayah yang tinggal di dalamku, maka iyalah yang mŭngadakan sagala pŭrbuatan itu
YOHANES 14:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Sekian lama Aku bersama kamu semua, belum lagi kaukenal Aku, Filipus? Sesiapa yang telah melihat-Ku, telah melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, ‘Tunjukkanlah Bapa kepada kami?’ Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku di dalam Bapa, dan Bapa di dalam-Ku? Segala yang Kukatakan kepadamu bukanlah daripada-Ku, tetapi daripada Bapa yang tinggal di dalam-Ku yang melakukan semua pekerjaan itu.