YOHANES 14:5-14

YOHANES 14:5-14 Alkitab Berita Baik (BM)

Tomas berkata kepada-Nya, “Tuhan, kami tidak tahu ke mana Tuhan pergi, bagaimanakah kami dapat mengetahui jalan itu?” Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. Kerana kamu mengenal Aku, kamu akan mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal Dia dan sudah melihat Dia.” Filipus berkata kepada Yesus, “Ya Tuhan, tunjukkanlah Bapa kepada kami, supaya kami puas.” Tetapi Yesus menjawab, “Sudah lama Aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku juga, Filipus? Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, ‘Tunjukkanlah Bapa kepada kami’? Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku? Apa yang Aku katakan kepada kamu semua, tidak datang daripada Aku sendiri. Bapa, yang tetap bersatu dengan Aku melakukan semua itu. Percayalah kepada-Ku, bahawa Aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku. Jika kamu tidak percaya kepada apa yang Aku katakan, percayalah kepada-Ku kerana perkara-perkara yang sudah Aku lakukan. Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang Aku lakukan, bahkan dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi, kerana Aku pergi kepada Bapa. Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta demi nama-Ku, supaya kemuliaan Bapa akan dinyatakan melalui Anak-Nya. Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku demi nama-Ku, Aku akan melakukannya.”

YOHANES 14:5-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka bŭrkatalah Thomas padanya, Tuhan, tiada kami kŭtahui kŭmanakah angkau handak pŭrgi, ŭntah bagimanakah bulih kita orang tahu jalannya itu. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bahwa aku inilah jalan, dan kŭbŭnaran, dan hayat itu; maka barang sa’orang pun tiada bulih mŭndapatkan kapada Ayah jikalau tiada dŭngan aku. Maka jikalau kamu mŭngŭnal aku, nŭschaya kamu mŭngŭnallah Ayahku pun; maka deri skarang inilah kamu mŭngŭnal akan dia, dan mŭlihat dia. Maka bŭrkatalah Filipus padanya, Tuhan, tunjokkanlah Ayah itu pada kami, maka chukoplah. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bŭgitu lama aku tŭlah bŭrsama sama dŭngan angkau, maka bŭlomkah angkau mŭngŭnal aku Filipus? Bahwa orang yang sudah mŭlihat aku, sŭrasa sudah mŭlihat Ayah; maka bagimanakah katamu, Tunjokkanlah Ayah itu pada kami? Tiadakah angkau pŭrchaya, bahwa aku ini ada dalam Ayah, dan Ayah itu pun ada didalamku? Adapun sagala pŭrkataan yang aku katakan padamu itu, bahwa bukannya itu deripada kahandak diriku, tŭtapi Ayah yang tinggal di dalamku, maka iyalah yang mŭngadakan sagala pŭrbuatan itu Pŭrchayalah ulih kamu skalian, bahwa aku ini ada didalam Ayah, dan Ayah didalam aku, atau pŭrchayalah akan daku ulih sŭbab sagala pŭrbuatan yang kuadakan itu. Maka sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, orang yang pŭrchaya kapadaku, bahwa sagala kŭrja yang aku pŭrbuat, maka iya pun akan bŭrbuat itu juga, dan yang lebih deripada itu pun iya akan bŭrbuat, kŭrna aku ini pŭrgi kapada Ayahku. Dan barang suatu apa yang kamu pinta dŭngan namaku, maka aku nanti adakan itu, supaya Ayah dipŭrmuliakan ulih Anak itu. Maka jikalau kamu mŭminta barang apa dŭngan namaku, maka aku akan mŭngadakan itu.

YOHANES 14:5-14

YOHANES 14:5-14 BMYOHANES 14:5-14 BMYOHANES 14:5-14 BM