YOHANES 14:26-27
YOHANES 14:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu. Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.
YOHANES 14:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi Pŭnghibur, iya itulah Roh Alkudus yang akan disurohkan ulih Ayah sŭbab namaku, maka iyalah nanti mŭngajar sagala pŭrkara itu padamu, sŭrta mŭngingatkan padamu akan sagala pŭrkara yang tŭlah kukatakan padamu. Maka aku tinggalkan slamat pada kamu, adapun aku mŭmbri slamatku kapadamu itu, bahwa bukannya aku mŭmbri itu kapada kamu spŭrti pŭmbrian orang dunia; maka janganlah hatimu mŭnjadi susah, atau jangan iya takot.
YOHANES 14:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu. Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Janganlah resah hatimu dan janganlah takut.