YOHANES 14:2-3
YOHANES 14:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Di dalam rumah Bapa-Ku ada banyak tempat tinggal. Jika hal ini tidak benar, tidaklah Kukatakan kepadamu. Aku akan pergi menyediakan tempat untukmu. Jika Aku pergi dan menyediakan tempat untukmu, Aku akan pulang dan membawamu ke tempat-Ku, supaya di tempat Aku berada di situ juga kamu berada.
YOHANES 14:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman, dan Aku akan pergi menyediakan tempat untuk kamu. Aku tidak akan berkata demikian kepada kamu, sekiranya hal itu tidak begitu. Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.
YOHANES 14:2-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun dirumah Ayahku ada banyak tŭmpat diam, maka jikalau tiada kiranya dŭmkian, nŭschaya aku katakanlah padamu; maka aku pŭrgi ini, supaya aku sŭdiakan suatu tŭmpat bagiemu. Maka jikalau aku pŭrgi sŭrta kusŭdiakan tŭmpat bagiemu, maka aku akan datang kŭmbali mŭnyambut kamu bŭrsama sama, supaya barang dimana aku ada, maka kamu pun ada juga sŭrtaku.