YOHANES 14:18-20
YOHANES 14:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu. Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat Aku lagi, tetapi kamu akan melihat Aku. Kerana Aku hidup, kamu pun akan hidup. Apabila hari itu tiba, barulah kamu tahu bahawa Aku bersatu dengan Bapa, kamu bersatu dengan Aku, dan Aku pun bersatu dengan kamu.
YOHANES 14:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa aku tiada akan mŭninggalkan kamu spŭrti anak anak piatu, maka aku akan datang kŭlak kapadamu. Bŭrmula maka skutika lagi lamanya orang dunia tiada akan mŭlihat aku lagi, tŭtapi kamu skalian akan mŭlihat aku; adapun sŭbab aku ini hidop, maka kamu pun akan hidop juga. Maka pada hari itulah kŭlak kamu akan mŭngŭtahui, bahwa aku ada dalam Ayah, dan kamu dalam aku, dan aku didalam kamu.
YOHANES 14:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku tidak akan meninggalkanmu seperti anak yatim piatu. Aku akan datang lagi mendapatkanmu. Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat-Ku lagi, tetapi kamu akan melihat-Ku. Oleh sebab Aku hidup, kamu juga akan hidup. Setelah tiba hari itu, kamu akan tahu bahawa Aku di dalam Bapa, kamu di dalam-Ku, dan Aku juga di dalammu.