YOHANES 14:16-20
YOHANES 14:16-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu. Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu. Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat Aku lagi, tetapi kamu akan melihat Aku. Kerana Aku hidup, kamu pun akan hidup. Apabila hari itu tiba, barulah kamu tahu bahawa Aku bersatu dengan Bapa, kamu bersatu dengan Aku, dan Aku pun bersatu dengan kamu.
YOHANES 14:16-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku akan mŭmohonkan kapada Ayah, dan iya nanti mŭmbri pŭnghiburan yang lain, supaya tinggal bŭrsama sama dŭngan kamu sampie slama lamanya. Iya itu Roh yang bŭnar yang tiada dapat ditrima ulih orang dunia, kŭrna iya tiada mŭlihat dia, dan tiada mŭngŭnal dia; tŭtapi kamu ini mŭngŭnal dia, kŭrna iya diam bŭrsama sama dŭngan kamu, dan iya itu kŭlak ada dalam kamu. Bahwa aku tiada akan mŭninggalkan kamu spŭrti anak anak piatu, maka aku akan datang kŭlak kapadamu. Bŭrmula maka skutika lagi lamanya orang dunia tiada akan mŭlihat aku lagi, tŭtapi kamu skalian akan mŭlihat aku; adapun sŭbab aku ini hidop, maka kamu pun akan hidop juga. Maka pada hari itulah kŭlak kamu akan mŭngŭtahui, bahwa aku ada dalam Ayah, dan kamu dalam aku, dan aku didalam kamu.
YOHANES 14:16-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan menyertaimu selama-lamanya. Penolong itu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima-Nya kerana tidak dapat melihat atau mengenal-Nya. Tetapi kamu mengenal-Nya kerana Dia tetap di dalammu dan akan ada di dalam dirimu. Aku tidak akan meninggalkanmu seperti anak yatim piatu. Aku akan datang lagi mendapatkanmu. Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat-Ku lagi, tetapi kamu akan melihat-Ku. Oleh sebab Aku hidup, kamu juga akan hidup. Setelah tiba hari itu, kamu akan tahu bahawa Aku di dalam Bapa, kamu di dalam-Ku, dan Aku juga di dalammu.