YOHANES 13:3-5,12-15,31-35
YOHANES 13:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus tahu bahawa Bapa sudah menyerahkan segala kekuasaan kepada-Nya. Yesus juga tahu bahawa Dia datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Oleh itu Yesus berdiri, menanggalkan jubah-Nya lalu mengikat sehelai tuala pada pinggang-Nya. Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu mula membasuh kaki pengikut-pengikut-Nya dan mengeringkannya dengan tuala yang terikat pada pinggang-Nya.
YOHANES 13:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Yesus membasuh kaki mereka, Dia mengenakan jubah-Nya kembali lalu duduk semula. Dia berkata kepada mereka, “Adakah kamu memahami apa yang baru sahaja Aku lakukan untuk kamu? Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Benarlah panggilan kamu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan. Jika Aku sebagai Tuhan dan Guru kamu, sudah membasuh kaki kamu, maka kamu wajib saling membasuh kaki. Aku sudah memberikan teladan kepada kamu semua, supaya kamu juga melakukan apa yang sudah Aku lakukan untuk kamu.
YOHANES 13:31-35 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Yudas meninggalkan tempat itu, Yesus berkata, “Sekarang Anak Manusia dimuliakan, dan Allah pun dimuliakan melalui Dia. Jika Allah dimuliakan melalui Anak Manusia, Dia pun dimuliakan oleh Allah sendiri, dan Allah akan segera memuliakan Dia. Anak-anak-Ku, Aku tidak akan tinggal lama lagi dengan kamu. Kamu akan mencari Aku, tetapi seperti yang sudah Aku katakan kepada para penguasa Yahudi, Aku katakan juga kepada kamu, ‘Kamu tidak dapat pergi ke tempat Aku pergi.’ Sekarang Aku memberikan perintah baru kepada kamu: Hendaklah kamu saling mengasihi. Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi. Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”
YOHANES 13:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭlah dikŭtahui ulih Isa, bahwa Ayah tŭlah mŭnyŭrahkan sagala pŭrkara kŭtangannya, dan lagi iya tŭlah datang deripada Allah, dan kŭmbali kapada Allah. Maka tŭngah makan bangunlah iya, lalu ditanggalkan bajunya, sŭrta mŭngambil sa’lie kain, lalu diikatnya pinggangnya: Maka dibubohnya ayer kŭdalam suatu bokor, lalu dibasohnya kaki murid muridnya, dan disapukannya dŭngan kain yang tŭrikat dipinggangnya itu.
Injil Yahya 13:12-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula tŭtkala sudahlah habis Isa mŭmbasoh kaki murid muridnya, dan mŭmakie bajunya, sŭrta dudok kŭmbali, maka katanya pada marika itu, Adakah kamu tahu apa yang kupŭrbuat padamu itu? Bahwa kamu mŭmanggil aku Guru dan Tuhan, maka bŭtollah katamu itu, kŭrna iyalah aku itu. Adapun jikalau aku ini Tuhan dan Guru juga tŭlah mŭmbasohkan kakimu, maka patutlah kamu mŭmbasoh kaki sa’orang kapada sa’orang pun. Kŭrna aku tŭlah mŭmbri tuladan pada kamu, supaya kamu bŭrbuat yang spŭrti aku tŭlah bŭrbuat padamu.
Injil Yahya 13:31-35 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula apabila Yudas sudah kluar, maka kata Isa, Bahwa skarang Anak manusia dipŭrmuliakan, dan Allah pun dipŭrmuliakan dalamnya. Dan jikalau Allah dimuliakan dalamnya, maka Allah kŭlak akan muliakan dia pula ulih sŭndirinya, maka sŭbŭntar juga dimuliakan Allah akan dia. Hie anak anak yang muda muda, bahwa skutika sahja lagi aku ada sŭrta kamu, maka kamu akan mŭnchari aku, spŭrti yang tŭlah kukatakan kapada orang Yahudi, Bahwa barang kŭmana aku pŭrgi, maka kamu tiada bulih sampie kŭsana; maka dŭmkianlah juga aku bŭrkata padamu skarang ini. Bahwa aku mŭmbri padamu hukum bahru, supaya kamu mŭngasihi sa’orang akan sa’orang, spŭrti aku tŭlah mŭngasihi kamu, dŭmkianlah handaknya kamu pun mŭngasihi sa’orang akan sa’orang. Maka dŭngan dŭmkianlah bulih dikŭtahui ulih sagala manusia, bahwa kamulah murid muridku, jikalau kamu mŭngasihi sa’orang akan sa’orang.
YOHANES 13:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus tahu bahawa Bapa telah menyerahkan segala perkara kepada-Nya; bahawa Dia datang daripada Allah dan akan pulang kepada-Nya. Dengan demikian, Yesus berdiri lalu melucutkan jubah-Nya dan mengikat sehelai tuala di pinggang-Nya. Kemudian Dia menuang air ke dalam sebuah baldi lalu membasuh kaki murid-murid-Nya dan mengeringkannya dengan tuala di pinggang-Nya.
Yohanes 13:12-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah membasuh kaki murid-murid-Nya, Yesus memakai semula jubah-Nya dan kembali ke tempat-Nya di meja. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Fahamkah kamu apa yang Kulakukan untukmu? Kamu memanggil-Ku Guru dan Tuhan. Tepatlah panggilanmu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan. Jika Aku sebagai Tuhan dan Gurumu sanggup membasuh kaki kamu, maka haruslah kamu saling membasuh kaki sesama sendiri. Aku telah memberi teladan kepada kamu semua. Lakukanlah apa yang telah Kulakukan untukmu.
Yohanes 13:31-35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Yudas pergi, Yesus berkata, “Sekarang Anak Manusia dimuliakan, dan Allah dimuliakan melalui-Nya. Jika Allah dimuliakan melalui Dia, Allah pun akan memuliakan Dia dalam diri-Nya segera. Anak-anak-Ku, Aku tidak akan lama lagi bersamamu. Kamu akan mencari-Ku, tetapi apa yang telah Kukatakan kepada orang Yahudi kini Kukatakan kepadamu juga, ‘Ke mana Aku pergi, kamu tidak dapat ikut.’ Inilah perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri. Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku.”