YOHANES 12:49-50
YOHANES 12:49-50 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku tidak berkata-kata menurut kemahuan-Ku sendiri, kerana Bapa yang mengutus Aku memerintahkan Aku mengatakan apa yang harus disampaikan. Aku tahu bahawa perintah-Nya itu memberikan hidup sejati dan kekal. Oleh itu Aku menyampaikan perkhabaran seperti yang diberitahukan oleh Bapa kepada-Ku.”
YOHANES 12:49-50 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna tiada aku mŭngatakan barang suatu deripada kahandak diriku, tŭtapi Ayah mŭnyurohkan aku, iyalah yang mŭmbri hukum akan daku barang yang patut kukatakan, dan barang yang patut kuajarkan. Maka aku mŭngŭtahui, bahwa hukumnya itu hidop kŭkal; maka sŭbab itu barang suatu yang aku katakan itu, spŭrti Ayah mŭngatakan kapadaku, dŭmkianlah juga aku katakan.
YOHANES 12:49-50 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku bercakap bukan mengikut kehendak-Ku sendiri. Bapa yang mengutus-Ku memerintahkan Aku tentang apa yang harus Kukatakan dan bagaimana menyampaikannya. Aku tahu bahawa perintah-Nya itu membawa hidup kekal. Oleh itu, apa yang Kukatakan, Kusampaikan sebagaimana disuruh oleh Bapa-Ku.”