YOHANES 12:44-46
YOHANES 12:44-46 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Yesus berseru, “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, bukan sahaja percaya kepada-Ku, tetapi juga kepada Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang melihat Aku, juga melihat Dia yang mengutus Aku. Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya tiap-tiap orang yang percaya kepada-Ku tidak tinggal dalam kegelapan.
YOHANES 12:44-46 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka bŭrsrulah Isa sambil bŭrkata, Barang siapa yang pŭrchaya akan daku, bukannya iya itu pŭrchaya akan daku, mŭlainkan pŭrchaya akan iya yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Dan barang siapa mŭlihat aku, sŭrasa iya mŭlihat akan dia yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Adapun aku tŭlah datang akan mŭnjadi trang dalam dunia, supaya barang siapa yang pŭrchaya akan daku, maka iya tiada akan tŭrtinggal dalam gŭlap.
YOHANES 12:44-46 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berseru, “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, juga percaya kepada Dia yang mengutus-Ku. Sesiapa yang melihat-Ku, juga melihat Dia yang mengutus-Ku. Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya manusia yang percaya kepada-Ku tidak akan terus tinggal dalam kegelapan.