YOHANES 12:24-25
YOHANES 12:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Sungguh benar apa yang Aku katakan ini: Jika sebiji benih gandum tidak ditanam di tanah lalu mati, benih gandum itu tetap sebiji benih sahaja. Tetapi jika benih itu ditanam lalu mati, maka benih itu akan tumbuh dan menghasilkan banyak gandum. Sesiapa yang mengasihi hidupnya sendiri akan kehilangan hidup itu. Tetapi sesiapa yang tidak mengasihi hidupnya di dunia ini akan memilikinya untuk hidup sejati dan kekal.
YOHANES 12:24-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya sŭbiji gandom yang tŭlah ditaborkan ditanah itu tiada mati, nŭschaya iya itu tinggal sŭbiji sahja; tŭtapi jikalau iya mati, maka iya kŭlak akan bŭrbuah tŭrlalu banyak. Maka barang siapa yang mŭngasihi akan dirinya, maka iya itu kŭlak hilang, dan barang siapa yang mŭmbŭnchi akan dirinya dalam dunia ini, maka iya itu kŭlak akan tŭrplihara slama lamanya dalam akhirat.
YOHANES 12:24-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika benih gandum tidak jatuh di tanah lalu mati, benih gandum itu hanyalah benih. Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan banyak menghasilkan buah. Orang yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal.