YOHANES 12:12-13
YOHANES 12:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Keesokan harinya orang ramai yang sudah datang untuk merayakan Paska, mendengar khabar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!”
YOHANES 12:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula maka ka’esokkan harinya, didŭngar ulih orang banyak yang datang pada hari raya itu, bahwa Isa pun ada datang kaJerusalem: Maka diambillah ulih marika itu dahan khorma, lalu kluar supaya bŭrtŭmu dŭngan dia, sambil bŭrsru, Hosana; bŭrbahgialah Raja orang Israil yang datang dŭngan nama Tuhan.
YOHANES 12:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada keesokan harinya, orang ramai yang datang menyambut Perayaan Paskah mendengar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Hosana!” “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan, Raja Israel!”