YOHANES 11:43-44
YOHANES 11:43-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Yesus berkata demikian, Dia berseru dengan suara kuat, “Lazarus, keluar!” Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih terbalut dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, “Tanggalkan kain yang membalutnya dan biarlah dia pergi.”
YOHANES 11:43-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata kata dŭmkian, maka bŭrsrulah iya dŭngan swaranya yang nyaring katanya, Hie Lazaras, kluarlah angkau. Hata maka kluarlah orang yang tŭlah mati itu dŭngan bŭrikat kaki tangannya dŭngan kain kafan, dan mukanya pun bŭrbungkus dŭngan sapu tangan; maka kata Isa pada marika itu, Lŭpaskan, biarlah iya pŭrgi.
YOHANES 11:43-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Yesus berseru lantang, “Lazarus, keluar!” Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih berbalut kain kafan, mukanya masih dilitupi kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, “Lucutkan kain kafannya dan lepaskan dia.”