YOHANES 11:23-27
YOHANES 11:23-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata kepada Marta, “Saudaramu akan hidup kembali.” Marta menjawab, “Aku tahu bahawa Lazarus akan hidup semula apabila orang mati dibangkitkan pada Hari Kiamat.” Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?” “Ya Tuhan,” jawab Marta, “aku percaya bahawa Tuhan Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan yang dijanjikan untuk datang ke dunia ini.”
YOHANES 11:23-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kata Isa, Adapun saudaramu ini akan hidop pula. Maka jawab Martha, Bahwa hamba tahu iya akan bŭrbangkit dalam kiamat pada hari kumdian. Maka kata Isa padanya, Bahwa aku inilah kŭbangkitan itu, dan hidop itu; maka barang siapa yang pŭrchaya akan daku, mŭskipun iya mati sŭrasa iya hidop. Maka barang siapa yang hidop, sŭrta pŭrchaya akan daku, tiadalah iya mati slama lamanya; pŭrchayakah angkau itu? Maka sahut Martha padanya, Bŭtul Tuhan hamba pŭrchaya, angkaulah Almasih itu, dan Anak Allah itu yang patut datang kŭdalam dunia ini.
YOHANES 11:23-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada Marta, “Saudaramu akan hidup kembali.” Marta menjawab, “Aku tahu Lazarus akan hidup kembali pada hari akhir.” Yesus berkata kepada Marta, “Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?” Marta menjawab, “Ya Tuhan, aku percaya bahawa Engkaulah Kristus, Anak Allah, yang diutus oleh Allah, dan yang akan datang ke dunia ini.”