YOHANES 10:6-10
YOHANES 10:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus menceritakan perumpamaan ini, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan-Nya. Oleh itu, Yesus berkata lagi, “Apa yang Aku katakan ini benar: Akulah pintu bagi kawanan domba. Semua yang datang sebelum Aku adalah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak mendengarkan suara mereka. Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput. Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.
YOHANES 10:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun dikatakan ulih Isa pŭrumpamaan ini kapada orang orang itu, tŭtapi tiada marika itu mŭngarti pŭrkara yang dikatakan padanya. Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Isa pula pada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, akulah pintu pada domba itu. Adapun sagala orang yang datang dahulu deripadaku itu, iya itu pŭnchuri dan pŭnyamun, akan tŭtapi tiada diturot ulih domba domba itu akan tutor marika itu. Maka aku inilah pintu, jikalau barang sa’orang masok deripadaku, maka iya itu akan bŭrulih slamat, dan iya akan masok dan kluar, dan mŭndapat makanan. Maka tiada pŭnchuri itu datang, mŭlainkan iya handak mŭnchuri, dan mŭmbunoh, dan mŭmbinasakan; tŭtapi aku tŭlah datang, supaya marika itu bulih hidop, maka supaya iya mŭndapat itu dŭngan kŭlempahannya.
YOHANES 10:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus bercerita secara kiasan, tetapi mereka tidak faham akan maksud-Nya. Oleh yang demikian, Yesus berkata, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Akulah pintu bagi kawanan domba itu. Orang yang datang sebelum Aku ialah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak mengikut suara mereka. Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui-Ku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk, dan dia akan dapat mencari padang rumput. Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.