YOHANES 10:3-4
YOHANES 10:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Penjaga kandang membuka pintu baginya, dan kawanan domba mendengar suara gembala yang memanggil nama setiap ekor domba. Lalu gembala itu memimpin kawanan domba ke luar. Setelah dia membawa kawanan domba itu ke luar, dia berjalan di hadapan dan domba-domba itu mengikuti dia kerana mengenal suaranya.
YOHANES 10:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka akan dibukakan ulih pŭnunggu pintu akan dia, maka domba itu pun akan mŭnŭngar swaranya, maka dipanggilnya akan domba itu masing masing dŭngan namanya, lalu dibawanya kluar. Maka apabila iya mŭngŭluarkan dombanya, maka iya bŭrjalan dahulu dihadapannya, maka dombanya itu mŭngikot dia, sŭbab iya mŭngŭnal swaranya.
YOHANES 10:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Penjaga kandang membuka pintu untuknya, dan kawanan domba itu mendengar suaranya. Dia memanggil nama setiap dombanya. Gembala itu pun memimpin domba-domba itu keluar. Setelah semua domba keluar, gembala itu berjalan di hadapan dan domba-domba mengikutnya kerana mengenal suaranya.