YOHANES 1:40-45
YOHANES 1:40-45 Alkitab Berita Baik (BM)
Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus. Dengan segera Andreas mencari Simon, saudaranya dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan Mesias!” (‘Mesias’ sama dengan ‘Kristus’). Kemudian Andreas membawa Simon kepada Yesus. Yesus memandang dia lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan disebut Kefas.” (Kefas sama dengan Petrus dan bermakna: bukit batu.) Keesokan harinya Yesus mengambil keputusan untuk pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus, lalu berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” ( Filipus berasal dari Betsaida, kota tempat Andreas dan Petrus tinggal.) Kemudian Filipus mencari Natanael dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan orang yang disebut oleh Musa di dalam Taurat, dan yang dituliskan oleh nabi-nabi. Dia Yesus anak Yusuf dari Nasaret.”
YOHANES 1:40-45 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah sa’orang deripada kadua marika itu yang mŭnŭugar pŭrkataan Yahya itu, dan yang mŭngikot akan Isa, iya itu Andria, saudaranya Simon Petros. Maka pada mula mulanya Andria itu pun pŭrgilah mŭndapatkan saudaranya Simon itu, sŭrta bŭrkata padanya, Kami sudah mŭndapat Messia, artinya, Almasih. Hata maka dibawalah ulih Andria akan Simon itu kapada Isa, maka apabila dilihat Isa akan dia, lalu katanya, Bahwa angkau ini Simon anak Yunas, maka angkaulah kŭlak akan dinamai Kiefas, adapun artinya itu batu. ¶ Sŭbarmula maka pada ka’esokkan harinya, maka Isa pun handak masok kanŭgri Galilia, lalu bŭrtŭmulah iya dŭngan Filipus, maka kata Isa padanya, Ikotlah akan daku. Adapun Filipus itu orang Bethsieda, iya itu sa’nŭgri dŭngan Andria dan Petros. Maka bŭrtŭmulah Filipus dŭngan Nathaniel, lalu bŭrkatalah iya padanya, Bahwa kami sudah mŭndapat orang yang tŭlah disuratkan ulih Musa dalam Tauret dan sagala nabi nabi pun, iya itulah Isa anak Yusof, orang Nazareth.
YOHANES 1:40-45 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikut Yesus ialah Andreas, saudara Simon Petrus. Andreas segera mencari Simon, saudaranya, dan berkata, “Kami telah bertemu dengan Mesias!” (“Mesias” bererti Kristus.) Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Yesus. Yesus memandang Simon lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan digelar Kefas.” (Kefas sama ertinya dengan Petrus.) Pada keesokan harinya, Yesus membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus dan berkata, “Ikutlah Aku.” Seperti Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Betsaida. Filipus pula mendapatkan Natanael dan berkata, “Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Yesus anak Yusuf dari Nazaret.”