YOHANES 1:33-34
YOHANES 1:32-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Yohanes memberikan kesaksian ini, “Dahulu aku belum mengetahui siapa Dia itu. Tetapi Allah yang menyuruh aku membaptis orang dengan air berfirman kepadaku, ‘Engkau akan nampak Roh Allah turun lalu tinggal di atas seseorang. Dialah yang akan membaptis orang dengan Roh Allah.’ Aku nampak Roh Allah turun seperti burung merpati dari langit lalu tinggal di atas-Nya. Aku sudah nampak kejadian ini,” kata Yohanes, “dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak Allah.”
YOHANES 1:33-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiada aku mŭngŭnal dia, tŭtapi yang mŭnyurohkan aku akan baptisakan dŭngan ayer, maka iyalah tŭlah bŭrkata padaku, adapun orang yang angkau lihat Roh itu turon diam ka’atasnya, maka iya itulah kŭlak yang mŭmbaptisakan orang dŭngan Roh Alkudus. Maka aku tŭlah mŭlihat itu, sŭrta bŭrsaksi inilah dia Anak Allah adanya.
YOHANES 1:33-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dahulu aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk membaptis orang dengan air telah berfirman kepadaku, ‘Engkau akan melihat Roh turun lalu hinggap di atas seorang. Dialah yang akan membaptis orang dengan Roh Kudus.’ Hal itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Anak Allah.”