YOHANES 1:14-15
YOHANES 1:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. Yohanes memberikan kesaksian tentang Dia. Yohanes berseru, “Inilah Dia yang aku katakan akan datang kemudian daripadaku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan.”
YOHANES 1:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adapun Kalimah itu tŭlah mŭnjadi manusia, sŭrta tinggal pula iya diantara kami, maka kita tŭlah mŭlihat kŭmuliannya, iya itu spŭrti kŭmulian Anak yang tunggal deripada Ayah itu, pŭnuhlah iya dŭngan anugrah dan kabŭnaran. ¶ Shahadan maka Yahya pun bŭrsaksilah akan dia sambil bŭrsru sru katanya, Bahwasanya inilah dia yang tŭlah kukatakan; Adapun orang yang datang kumdian deripada aku ini maka iya itu dilebihkan deripada aku, kŭrna iyalah yang tŭrdahulu deripada aku.
YOHANES 1:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran. Yohanes memberikan kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, “Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku.”