YEREMIA 7:5-7
YEREMIA 7:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Ubahlah cara hidup dan kelakuan kamu. Berlakulah adil terhadap satu sama lain. Jangan tindas bangsa asing, anak yatim piatu dan balu. Jangan bunuh orang yang tidak bersalah di negeri ini. Jangan sembah tuhan-tuhan lain, kerana perbuatan itu akan membinasakan kamu. Jika kamu mengubah cara hidup dan kelakuan kamu serta berhenti melakukan semua itu, Aku akan membenarkan kamu tetap tinggal di negeri ini yang telah Kuberikan kepada nenek moyang kamu sebagai tanah pusaka.
YEREMIA 7:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika kamu sungguh-sungguh memperbaik perilakumu dan perbuatanmu, jika kamu sungguh-sungguh melaksanakan keadilan antara satu sama lain, tidak menindas pendatang, anak yatim, dan balu, tidak menumpahkan darah orang yang tidak bersalah di tempat ini, dan tidak mengikuti tuhan-tuhan lain yang akan mendatangkan kemalangan terhadap dirimu sendiri, maka Aku akan membiarkan kamu diam di tempat ini, di negeri yang telah Kukurniakan kepada nenek moyangmu sejak dahulukala untuk selama-lamanya.