YEREMIA 52:31-34
YEREMIA 52:31-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada tahun ketiga puluh tujuh semasa pembuangan Yoyakhin, raja Yehuda, Ewil-Merodakh menaiki takhta menjadi raja Babel. Pada tahun itu juga, tepatnya pada hari kedua puluh lima, bulan kedua belas, dia memberikan keihsanan kepada Yoyakhin, raja Yehuda, dan mengeluarkannya daripada penjara. Ewil-Merodakh berbicara baik-baik kepadanya dan memberinya kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan raja-raja yang ada bersama-samanya di Babel. Yoyakhin pun mengganti pakaian penjaranya dan dia sentiasa makan di hadapan raja seumur hidupnya. Raja Babel sentiasa memberinya peruntukan makanan sekadar keperluan sehari-hari, seumur hidupnya sampai hari matinya.
YEREMIA 52:31-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada tahun Raja Ewil-Merodakh menjadi raja Babilonia, baginda menunjukkan belas kasihan terhadap Raja Yoyakhin dari Yehuda dan membebaskan Raja Yoyakhin dari penjara. Perkara ini berlaku pada hari kedua puluh lima, bulan kedua belas, tahun ketiga puluh tujuh selepas Raja Yoyakhin ditangkap dan dibuang negeri. Raja Ewil-Merodakh memperlakukan Raja Yoyakhin dengan baik, dan memberi Raja Yoyakhin kedudukan yang lebih tinggi daripada raja-raja lain yang juga dibuang ke Babilonia. Raja Yoyakhin dibenarkan mengganti pakaian penjaranya, dan juga dibenarkan makan di meja raja seumur hidupnya. Setiap hari, seumur hidupnya, Raja Yoyakhin diberikan elaun tetap bagi keperluannya.