YEREMIA 44:20-23
YEREMIA 44:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku berkata kepada semua orang lelaki dan wanita yang telah menjawab aku itu, “Adakah kamu menyangka bahawa TUHAN tidak tahu, atau Dia lupa akan perbuatan kamu itu? Kamu dan nenek moyang kamu mempersembahkan korban kepada Ratu Syurga; hal itu juga dilakukan oleh raja-raja, para pemimpin, penduduk negeri ini, dan kamu sendiri di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem. Sampai hari ini negeri kamu runtuh dan tiada sesiapa pun tinggal di situ. Keadaannya mengerikan. Tambahan pula orang menggunakan namanya sebagai kutuk. Semua perkara itu berlaku kerana TUHAN tidak sabar lagi terhadap kezaliman dan kejahatan kamu. Bencana yang menimpa kamu pada masa ini datang kerana kamu mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, dan kerana kamu berdosa terhadap TUHAN dengan tidak mentaati perintah-Nya.”
YEREMIA 44:20-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata Yeremia kepada seluruh rakyat itu baik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua orang yang telah memberikan jawapan kepadanya, “Bukankah dupa yang dibakar di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem olehmu, oleh nenek moyangmu, oleh raja-rajamu, oleh para pembesarmu, dan oleh rakyat negeri itu diingat dan diperhatikan TUHAN? TUHAN tidak dapat bersabar lagi melihat perbuatan-perbuatanmu yang jahat serta hal-hal keji yang kamu lakukan. Itulah sebabnya negerimu menjadi tempat reruntuhan, kengerian, dan kutukan, serta tanpa penduduk, sebagaimana nyata pada hari ini. Kerana kamu telah membakar dupa itu dan telah berdosa terhadap TUHAN, lalu kamu tidak mematuhi TUHAN dan tidak menuruti segala hukum-Nya, ketetapan-Nya, serta peraturan-Nya, maka malapetaka ini menimpa kamu, sebagaimana nyata pada hari ini.”