YEREMIA 44:16-18
YEREMIA 44:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
“Kami tidak mahu mendengar perkataan yang kamu ucapkan demi nama TUHAN. Kami akan melakukan segala perkara yang telah kami katakan. Kami akan mempersembahkan korban kepada dewi kami, Ratu Syurga. Kami akan mempersembahkan wain kepadanya, sebagaimana kami, nenek moyang kami, raja kami, dan pemimpin-pemimpin kami biasa melakukannya di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem. Pada masa itu kami mempunyai banyak makanan; kami makmur dan tidak susah. Tetapi sejak kami berhenti mempersembahkan korban kepada Ratu Syurga, dan berhenti mempersembahkan wain kepadanya, kami kekurangan segala-galanya, dan bangsa kami mati dalam peperangan dan kerana kelaparan.”
YEREMIA 44:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kami tidak mahu mendengar perkataan yang kausampaikan kepada kami atas nama TUHAN itu. Kami akan tetap melakukan segala hal yang telah kami ucapkan: kami hendak membakar dupa kepada Ratu Langit dan mencurahkan persembahan minuman kepadanya, sebagaimana biasa kami lakukan, nenek moyang kami, raja-raja kami, dan para pembesar kami di kota-kota Yehuda serta di jalan-jalan Yerusalem. Pada waktu itu kami berkelimpahan makanan, hidup senang, dan tidak mengalami malapetaka. Tetapi sejak kami berhenti membakar dupa kepada Ratu Langit dan mencurahkan persembahan minuman kepadanya, kami kekurangan segala sesuatu dan kami dimusnahkan oleh pedang dan bencana kebuluran.”