YEREMIA 4:1-2
YEREMIA 4:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Umat Israel, jika kamu mahu kembali, maka kembalilah kepada-Ku. Jika kamu setia kepada-Ku dan membuang berhala yang Aku benci, kamu boleh bersumpah demi nama-Ku. Kemudian semua bangsa akan meminta Aku memberkati mereka, dan mereka akan memuji Aku.”
Kongsi
Baca YEREMIA 4YEREMIA 4:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jika engkau mahu kembali, wahai Israel,” demikianlah firman TUHAN, “kembalilah kepada-Ku! Jika engkau mahu menyingkirkan berhala-berhalamu yang menjijikkan dari hadirat-Ku dan tidak lari lagi, jika engkau bersumpah, ‘Demi TUHAN yang hidup’ dalam kebenaran, keadilan dan ketulusan, maka bangsa-bangsa akan mendapat berkat kerana Dia dan akan bermegah kerana Dia.”
Kongsi
Baca YEREMIA 4