YEREMIA 35:15
YEREMIA 35:15 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku terus-menerus mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepada kamu, dan mereka telah menyuruh kamu meninggalkan perbuatan jahat dan melakukan yang baik. Mereka memperingatkan kamu supaya tidak menyembah ataupun mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, agar kamu boleh terus tinggal di negeri yang telah Kuberikan kepada kamu dan nenek moyang kamu. Tetapi kamu tidak mendengarkan ataupun mengendahkan Aku.
YEREMIA 35:15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku terus-menerus mengutus kepadamu semua hamba-Ku, para nabi, dengan pesan: Berbaliklah daripada jalan hidupmu yang jahat, perbaiklah kelakuanmu, dan jangan mengikuti tuhan-tuhan lain untuk menyembah mereka. Dengan demikian kamu akan tetap tinggal di negeri yang telah Kukurniakan kepadamu serta kepada nenek moyangmu. Tetapi kamu tidak mahu memberikan perhatian dan tidak mahu mendengar Aku.