YEREMIA 33:14-16
YEREMIA 33:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Akan tiba masanya apabila Aku menepati janji-Ku kepada penduduk Israel dan Yehuda. Pada masa itu Aku akan memilih seorang yang adil daripada keturunan Daud untuk menjadi raja. Raja itu akan melakukan apa yang benar dan adil di seluruh negeri. Penduduk Yehuda dan Yerusalem akan diselamatkan, dan mereka akan hidup dengan aman. Kota itu akan dinamakan ‘TUHAN Penyelamat Kita’.
YEREMIA 33:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sesungguhnya, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa Aku akan menepati janji yang baik yang telah Kufirmankan kepada keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda. Pada waktu itu dan pada saat itu Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud. Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri. Pada masa itu Yehuda akan diselamatkan dan Yerusalem akan berdiam dengan aman. Inilah nama yang akan disebutkan kepadanya, ‘TUHAN sumber perbenaran kita.’ ”