YEREMIA 3:11-15,22
YEREMIA 3:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian TUHAN memberitahu aku bahawa walaupun Israel telah meninggalkan Dia, ternyata Israel lebih baik daripada Yehuda yang tidak setia itu. TUHAN menyuruh aku pergi menyampaikan perkara ini kepada Israel, “Hai Israel yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku. Aku penuh belas kasihan dan tidak murka; Aku tidak akan murka kepadamu selama-lamanya. Hanya mengakulah bahawa engkau bersalah dan telah memberontak terhadap TUHAN, Allahmu. Mengakulah bahawa di bawah setiap pokok hijau engkau telah mencurahkan cintamu kepada tuhan-tuhan bangsa lain, dan tidak mentaati perintah-Ku. Aku, TUHAN telah berfirman. Hai umat yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku; kamu milik-Ku. Aku akan mengambil kamu, seorang dari setiap kota, dan dua orang daripada setiap puak, lalu Aku akan membawa kamu kembali ke Bukit Sion. Aku akan memberi kamu pemimpin-pemimpin yang taat kepada-Ku. Mereka akan memimpin kamu dengan kebijaksanaan dan pengertian.
YEREMIA 3:22 Alkitab Berita Baik (BM)
Kembalilah, kamu semua yang telah meninggalkan TUHAN; Dia akan menyembuhkan kamu dan menjadikan kamu setia. Kamu berkata, “Sekarang kami datang kepada TUHAN kerana Dia Allah kami.

YEREMIA 3:11-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN berfirman kepadaku, “Israel, perempuan murtad itu, menunjukkan dirinya lebih benar daripada Yehuda yang khianat itu. Pergilah, serukanlah kata-kata ini ke utara. Katakanlah, ‘Kembalilah, wahai Israel, perempuan murtad,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku tidak akan memandang kamu dengan murka, kerana Aku ini pemurah,’ demikianlah firman TUHAN, ‘Aku tidak akan memendam murka untuk selama-lamanya. Hanya, akuilah kesalahanmu, bahawa engkau telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu, telah melampiaskan nafsu berahimu dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun, dan tidak mematuhi Aku,’ ” demikianlah firman TUHAN. “Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad,” demikianlah firman TUHAN, “kerana Akulah tuanmu. Aku akan mengambil kamu, seorang dari sebuah kota dan dua orang daripada suatu kaum, lalu Aku akan membawa kamu ke Sion. Aku akan memberi kamu gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku. Mereka akan menggembala kamu dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.