YEREMIA 29:5-7
YEREMIA 29:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
‘Menetaplah di situ. Dirikanlah rumah kamu. Bukalah ladang dan nikmatilah hasilnya. Berkahwinlah supaya kamu mendapat anak, dan biarlah anak kamu juga berkahwin supaya mereka pun mendapat anak. Jumlah kamu mesti bertambah dan tidak boleh berkurang. Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur.
YEREMIA 29:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
‘Binalah rumah dan hunilah. Tanamlah kebun dan makanlah hasilnya. Bernikahlah dan milikilah anak lelaki serta perempuan. Lamarlah isteri bagi anak-anak lelakimu dan carilah suami bagi anak-anak perempuanmu, supaya mereka memiliki anak lelaki serta perempuan. Biarlah bertambah ramai jumlahmu di sana, jangan berkurang. Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.’