YEREMIA 21:3-5
YEREMIA 21:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, dan aku menyuruh kedua-dua orang utusan itu supaya memberitahu Raja Zedekia bahawa TUHAN, Allah Israel, berfirman begini, “Zedekia, Aku akan mengalahkan pasukanmu yang sedang bertempur melawan raja Babilonia dan pasukannya. Aku akan melonggokkan semua senjata tenteramu di tengah-tengah kota. Aku akan memerangi kamu dengan sekuat tenaga dan kemurkaan yang meluap-luap.
YEREMIA 21:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata Yeremia kepada mereka, “Katakanlah kepada Zedekia, ‘Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: “Sesungguhnya, Aku akan membalikkan senjata-senjata perang di tanganmu, iaitu senjata-senjata yang kamu gunakan untuk berperang melawan raja Babel serta orang Kasdim ketika mereka mengepung kamu di luar tembok. Akan Kukumpulkan semuanya ke tengah-tengah kota ini, lalu Aku sendiri akan berperang melawan kamu dengan tangan terhulur dan lengan yang kuat, dengan amarah, kegusaran, serta murka yang besar.