YEREMIA 2:13,20-22
YEREMIA 2:13 Alkitab Berita Baik (BM)
kerana umat-Ku telah melakukan dua dosa: mereka meninggalkan Aku, sumber air pemberi hidup kepada manusia, dan mereka menggali kolam yang bocor dan tidak dapat menampung air.”
YEREMIA 2:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN Raja berfirman, “Hai Israel, dari dahulu engkau tidak mahu mengabdi kepada-Ku; engkau tidak mahu mentaati Aku ataupun menyembah Aku. Di atas setiap bukit yang tinggi dan di bawah setiap pokok hijau, engkau menyembah dewa-dewa kesuburan. Aku menanam engkau seperti pokok anggur pilihan daripada benih yang terbaik. Tetapi lihatlah, engkau sudah berubah! Engkau menjadi seperti pokok anggur liar yang tidak berguna. Walaupun engkau mandi dengan menggunakan banyak sabun yang kuat, namun Aku masih nampak noda kesalahanmu.

YEREMIA 2:13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Umat-Ku telah melakukan dua kejahatan: mereka meninggalkan Aku, mata air yang hidup, dan menggali perigi mereka sendiri, iaitu perigi bocor, yang tidak dapat memuat air.
Yeremia 2:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sejak dahulukala engkau telah mematahkan kukmu dan memutuskan tali pengikatmu. Tetapi engkau berkata, ‘Aku tidak mahu menjadi hamba.’ Sesungguhnya, di atas setiap bukit yang tinggi dan di bawah setiap pokok yang rimbun engkau berbaring sebagai perempuan sundal. Aku telah menanam engkau sebagai pokok anggur pilihan daripada benih yang baik sepenuhnya. Bagaimana mungkin engkau berubah menjadi pokok anggur liar yang busuk? Sekalipun engkau mencuci dirimu dengan garam abu dan memakai banyak sabun, noda kesalahanmu tetap ada di hadapan-Ku,” demikianlah firman Tuhan ALLAH.