YEREMIA 12:1-3
YEREMIA 12:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya TUHAN, jika aku mengemukakan perkaraku kepada-Mu, tentu akan terbukti bahawa Engkaulah yang benar. Tetapi aku harus menanyai Engkau tentang keadilan. Mengapakah orang jahat makmur? Mengapakah orang yang tidak jujur berjaya? Engkau menanam mereka seperti tumbuh-tumbuhan, lalu mereka berakar, bertumbuh dan berbuah. Mereka selalu mengatakan yang baik tentang Engkau, tetapi dalam hati, mereka sebenarnya tidak mempedulikan Engkau. Tetapi ya TUHAN, Engkau mengenal aku; Engkau nampak perbuatanku dan mengetahui isi hatiku terhadap-Mu. Giringlah orang jahat itu keluar seperti domba ke pembantaian. Kawallah mereka sampai tiba masanya mereka disembelih.
YEREMIA 12:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Engkaulah yang benar, ya TUHAN, apabila aku berbantah dengan Engkau. Namun demikian, aku ingin berbicara dengan Engkau tentang keadilan: Mengapakah hidup orang fasiq beruntung? Mengapakah semua orang yang berbuat khianat tenang sahaja? Engkau menanam mereka, dan mereka pun berakar. Mereka tumbuh, bahkan menghasilkan buah. Engkau dekat di mulut mereka, tetapi jauh daripada batin mereka. Engkau mengenal aku, ya TUHAN. Engkau melihat aku dan menguji bagaimana hatiku terhadap Engkau. Seretlah mereka keluar seperti domba yang akan disembelih, dan khususkanlah mereka untuk hari penyembelihan.