YEREMIA 1:7-10
YEREMIA 1:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi TUHAN menjawab, “Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!” Kemudian TUHAN menghulurkan tangan-Nya, menyentuh mulutku dan berfirman, “Dengarlah, Aku memberi engkau firman-Ku yang harus engkau ucapkan. Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya.”
YEREMIA 1:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Firman TUHAN kepadaku, “Jangan katakan, ‘Aku ini masih muda lagi,’ kerana engkau harus pergi ke mana-mana sahaja Aku mengutusmu, dan engkau harus menyampaikan apa-apa sahaja yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut kepada mereka, kerana Aku menyertai engkau dan akan membebaskan engkau,” demikianlah firman TUHAN. Lalu TUHAN menghulurkan tangan-Nya dan menjamah mulutku. Firman TUHAN kepadaku, “Sesungguhnya, Aku memberitahukan firman-Ku kepadamu. Lihatlah, pada hari ini Aku melantik engkau untuk menerajui bangsa-bangsa dan kerajaan-kerajaan, untuk mencabut dan meruntuhkan, untuk membinasakan dan menggulingkan, untuk membina dan menanam.”