YAKOBUS 5:7-8
YAKOBUS 5:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, saudara-saudaraku, bersabarlah sehingga Tuhan datang. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang berharga. Dengan sabar dia menunggu hujan musim luruh dan hujan musim bunga. Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat.
YAKOBUS 5:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu sabarlah kiranya saudara saudara sampie kadatangan Tuhan. Tengoklah, orang ladang itu mŭnantikan buah buahnya yang indah itu deri bumi, maka iya mŭnaroh sabar yang amat lanjut akan dia itu, sahingga ditrimanya hujan sulong dan hujan bongsu. Kamu pun sabarlah, sŭrta tŭtapkanlah hatimu: kŭrna kadatangan Tuhan itu tŭlah hampirlah.
YAKOBUS 5:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, bersabarlah menanti kedatangan Tuhan. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang bernilai. Dengan sabar dia menanti hujan musim luruh dan hujan musim bunga. Demikian jugalah kamu harus bersabar. Tabahkanlah hatimu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah hampir tiba.